Semakin hari semakin hampir... 21 Julai - 23 Julai 2009.. semua murid tahun 6 SKKCB berhempas pulas menjawab peksa.. hurmmmmm harapnya cerah kali ni.. dah 6 bulan dalam keadaan mendung.. resah d hati x yah nak citer.. pening pk semua ni.. depa cam relaks jer... xtau ler.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.Alangkah indah keikhlasan di balas dengan kejujuran..
Sunday, July 26, 2009
Percubaan UPSR??? Maknanya ia dah hampir.....
Semakin hari semakin hampir... 21 Julai - 23 Julai 2009.. semua murid tahun 6 SKKCB berhempas pulas menjawab peksa.. hurmmmmm harapnya cerah kali ni.. dah 6 bulan dalam keadaan mendung.. resah d hati x yah nak citer.. pening pk semua ni.. depa cam relaks jer... xtau ler.
Sunday, July 19, 2009
H1N1.. tAkotttt..

sian nyer.. ni lah ammar.. kak echah hope ammar cepat sembuh k..
kat sekolah pun sama.. guru2 d beri tugas tuk sentiasa mengingatkan murid2 ttg bahaya H1N1.. sama lah cikgu pun turut mengingatkan semua murid2 cikgu.. Tuk anak2 murid yg sangat2 cikgu sayang jaga lah kebersihan diri tuk menghindari penyakit ini..
hope korang amal per yg korang tulis..
TeluR teRbaNg
Cantek jer dia turun... agak2 pecah x?
satu2 nyer kumpulan lelaki yg berjaya mempertahankan telur nyer...
muker2 yg bangga..
ni pulak group pompuan yg berjaya.. he he he
Saturday, July 11, 2009
UPSR dAh dEkat...
Betul x? ensem n lawa kan.... perangai pun agak lawa gak depa ni semua.. letih gak nak melayan.. auta lebih hebat, maklum lah semua nak jd pelawak antarabangsa.. kekadang naik angin gak ngan depa ni.. tp bila NOV dtg nnt baru lah rasa x nak lepaskan mereka.. cam tahun sudah2.
Tgk la ni... kan betui aku ckp.. yg lelaki pun suker bergosip.. risau tull..
Ni la suasana 6 cekal bila tiada guru.. ni baru habis exam ni.. muker cam boleh ler..
Ni lah org kuat 6 cekal... merangkap bodygaurd cikgu.. he he he mantap x?
sEmOga BeRjaYa..
Saturday, May 16, 2009
sELaMaT hArI GuRu...
Bila murid duduk... cikgu berdiri...
Bila murid diseligi... cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri..
Cikgu dtg naik moto buruk road tax pun dah nak mati..
Murid pi belajar sampai PhD....
Cikgu baru berkira - kira nak smbng degree...
Namun begitu...Di dunia cikgu berbakti..
Moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi..
Selamat Hari Guru..
Guru Pembina Negara Bangsa..
Assalam...
Saturday, May 9, 2009
Ciri - Ciri Pelajar Cemerlang
1. Optimistik
2. Jangan bersikap pesimistik
3. Kesedaran memikul tanggungjawab
4. Tumpuan sepenuh hati
5. Mulakan dari awal
6. Sentiasa bersedia
7. Lengkapkan peralatan
8. Tepati waktu belajar
9. Dapatkan bantuan guru
10. Hormati guru
11. Bersoal jawab dengan guru
12. Beri pandangan membina
13. Berbncang dengan rakan
Siapkan tugasan yang diberiPelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
14. Tubuhkan kumpulan studi
15. Sering masuk perpustakaan
16. Baca akhbar
17. Menonton rangcangan yang sesuai
18. Lakukan peperiksaan kendiri
19. Sediakan jadual waktu
20. Sertai ceramah motivasi
21. Sertai seminar peperiksaan
22. Beli buku rujukan
23. Masuk kelas tuisyen
24. Lawatan ke pameran buku
25. Sertai kokurikulum sekolah
26. Sanggup manghadapi cabaran
27. Jaga keselamatan diri
28. Jaga kesihatan fizikal
29. Makanan seimbang
30. Malu bertanya sesat jalan
31. Sembahyang
32. Doa
33. Tawakkal
Kesilapan - Kesilapan Semasa Menjawab Soalan Peperiksaan
1. Tidak benar-benar memahami kehendak sebenar soalan.
2. Kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.
3. Gagal menguasai aspek-aspek penilaian dan penafsiran soalan.
4. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas.
5. Jawapan yang diberikan bersifat umum dan tidak relevan dengan kehendak soalan.
6. Tidak menghayati jawapan yang ditulis dan mengabaikan kronologi.
7. Tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.
8. Tidak menulis jawapan dengan terang dan kemas.
9. Idea yang dikemukakan tidak bernas atau tidak matang.
10. Idea atau hujahan berada pada tahap yang mendatar, cetek dan kurang kritikal.
11. Gagal menyesuaikan pengetahuan am yang ada dengan kehendak soalan dan terlalu terikat dengan nota yang diberikan oleh guru di kelas.
12. Tidak menyatakan huraian dan penjelasan terperinci bagi fakta yang dikemukakan.
13. Gagal menyertakan contoh-contoh yang sesuai.
14. Kurang memberikan contoh, ilustrasi dan gambaran bagi menjelaskan atau mengukuhkan hujah jawapan.
15. Rajah-rajah yang dilakarkan tidak mempunyai label yang mencukupi atau mempunyai label yang salah.
16. Penguasaan dan penggunaan bahasa yang lemah. Mesej sebenar calon tidak kesampaian.
17. Penggunaan bahasa dan istilah yang salah atau tidak tepat.
18. Penggunaan istilah-istilah lama atau istilah Inggeris.
19. Kesalahan menyatakan konsep atau menyatakan konsep yang salah.
20. Huraian yang diberikan tidak spesifik tetapi terlalu umum.
21. Jawapan tidak mempunyai struktur seperti pengenalan, isi dan rumusan.
22. Huraian yang berlebih-lebihan pada isi tertentu sehingga jawapan menjadi terlalu hambar.
23. Tiada fokus dalam jawapan tetapi menghuraikan sesuatu tanpa arah.
24. Ayat yang digunakan panjang-panjang dan berbelit-belit.
25. Susunan ayat yang janggal dan tidak lancar.
26. Mengulangi fakta-fakta yang sama (dengan harapan untuk mendapat markah kali kedua).
27. Gagal mengaitkan hubungan antara fakta-fakta yang dikemukakan.
28. Menggunakan bahasa daerah.
29. Kelemahan penggunaan tanda baca.
30. Kurang mahir dalam pemerengganan. Semua isi dimuatkan dalam satu perenggan.
31. Kesilapan ejaan sehingga bunyi berbeza dan nama berubah.
32. Penggunaan ejaan lama dan salah.
33. Penggunaan formula tanpa dijelaskan simbol-simbol, penggunaan formula yang salah (atau kurang sesuai) dan pengiraan formula yang salah.
34. Kurang dalil atau pengukuh hujah (seperti kata-kata tokoh sejarah) atau memberikan dalil yang salah.
35. Kurang mahir memilih soalan yang mudah, payah atau soalan bersifat 'perangkap'.
36. Membuat rayuan-rayuan belas kasihan kepada Pemeriksa. Ini sebenarnya akan hanya membuka pekung di dada dan menunjukkan bahawa calon memang tidak bersedia.
37. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan.
38. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang soalan minta.
39. Kesilapan menulis nombor soalan (bagi soalan esei) atau langsung tidak menulis nombor soalan.
40. Meninggalkan soalan tanpa menjawabnya kerana tidak tahu. Meneka adalah lebih baik dari tidak menjawab langsung.
