Saturday, May 16, 2009

sELaMaT hArI GuRu...

sElaMat hArI gUru...... Buat semua kawan2 yg sealiran.. saya percaya anda semua pun byk menerima msg ucpan slmt ari guru ari ni... x kira la dr kawan sejawatan or dr murid2 kiter... tul x?.. dlm byk2 msg ader yg mencuit hati saya dan ingin kongsi bersama...


Bila murid duduk... cikgu berdiri...
Bila murid diseligi... cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri..
Cikgu dtg naik moto buruk road tax pun dah nak mati..

Murid pi belajar sampai PhD....
Cikgu baru berkira - kira nak smbng degree...
Namun begitu...Di dunia cikgu berbakti..
Moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi..

Selamat Hari Guru..
Guru Pembina Negara Bangsa..

Assalam...

Saturday, May 9, 2009

Ciri - Ciri Pelajar Cemerlang

Peribahasa Melayu berbunyi "Sediakan payung sebelum hujan." Madah Melayu ini mempunyai nilai yang tersirat begitu mendalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu perkara perlu bersedia terlebih dahulu. Orang yang sentiasa bersedia akan menghadapi sesuatu kemungkinan yang datang dengan mudah, kerana mereka sudah bersedia tapi sebaliknya bagi mereka yang tidak bersedia. Mereka akan gagal akhirnya.
Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.
3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.
5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.
6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?
8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
13. Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
Siapkan tugasan yang diberiPelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
14. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
15. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.
16. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.
17. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.
18. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
19. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.
22. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah sendiri)
25. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.
26. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.
27. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
28. Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Kesilapan - Kesilapan Semasa Menjawab Soalan Peperiksaan

Terdapat lebih 30 kesilapan dan kelalaian calon peperiksaan yang menyebabkan calon gagal memperolehi markah yang memuaskan bagi jawapan mereka. Panduan berikut digariskan oleh Dato' Syed Abu Bakar Barakbah, Setiausaha Agung Majlis Peperiksaan Malaysia.Hindari kesilapan-kesilapan berikut:

1. Tidak benar-benar memahami kehendak sebenar soalan.
2. Kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.
3. Gagal menguasai aspek-aspek penilaian dan penafsiran soalan.
4. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas.
5. Jawapan yang diberikan bersifat umum dan tidak relevan dengan kehendak soalan.
6. Tidak menghayati jawapan yang ditulis dan mengabaikan kronologi.
7. Tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.
8. Tidak menulis jawapan dengan terang dan kemas.
9. Idea yang dikemukakan tidak bernas atau tidak matang.
10. Idea atau hujahan berada pada tahap yang mendatar, cetek dan kurang kritikal.
11. Gagal menyesuaikan pengetahuan am yang ada dengan kehendak soalan dan terlalu terikat dengan nota yang diberikan oleh guru di kelas.
12. Tidak menyatakan huraian dan penjelasan terperinci bagi fakta yang dikemukakan.
13. Gagal menyertakan contoh-contoh yang sesuai.
14. Kurang memberikan contoh, ilustrasi dan gambaran bagi menjelaskan atau mengukuhkan hujah jawapan.
15. Rajah-rajah yang dilakarkan tidak mempunyai label yang mencukupi atau mempunyai label yang salah.
16. Penguasaan dan penggunaan bahasa yang lemah. Mesej sebenar calon tidak kesampaian.
17. Penggunaan bahasa dan istilah yang salah atau tidak tepat.
18. Penggunaan istilah-istilah lama atau istilah Inggeris.
19. Kesalahan menyatakan konsep atau menyatakan konsep yang salah.
20. Huraian yang diberikan tidak spesifik tetapi terlalu umum.
21. Jawapan tidak mempunyai struktur seperti pengenalan, isi dan rumusan.
22. Huraian yang berlebih-lebihan pada isi tertentu sehingga jawapan menjadi terlalu hambar.
23. Tiada fokus dalam jawapan tetapi menghuraikan sesuatu tanpa arah.
24. Ayat yang digunakan panjang-panjang dan berbelit-belit.
25. Susunan ayat yang janggal dan tidak lancar.
26. Mengulangi fakta-fakta yang sama (dengan harapan untuk mendapat markah kali kedua).
27. Gagal mengaitkan hubungan antara fakta-fakta yang dikemukakan.
28. Menggunakan bahasa daerah.
29. Kelemahan penggunaan tanda baca.
30. Kurang mahir dalam pemerengganan. Semua isi dimuatkan dalam satu perenggan.
31. Kesilapan ejaan sehingga bunyi berbeza dan nama berubah.
32. Penggunaan ejaan lama dan salah.
33. Penggunaan formula tanpa dijelaskan simbol-simbol, penggunaan formula yang salah (atau kurang sesuai) dan pengiraan formula yang salah.
34. Kurang dalil atau pengukuh hujah (seperti kata-kata tokoh sejarah) atau memberikan dalil yang salah.
35. Kurang mahir memilih soalan yang mudah, payah atau soalan bersifat 'perangkap'.
36. Membuat rayuan-rayuan belas kasihan kepada Pemeriksa. Ini sebenarnya akan hanya membuka pekung di dada dan menunjukkan bahawa calon memang tidak bersedia.
37. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan.
38. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang soalan minta.
39. Kesilapan menulis nombor soalan (bagi soalan esei) atau langsung tidak menulis nombor soalan.
40. Meninggalkan soalan tanpa menjawabnya kerana tidak tahu. Meneka adalah lebih baik dari tidak menjawab langsung.

Menghadapi Peperiksaan Dengan Yakin..

Khas buat semua student2 cekgu yg akan menghadapi peperiksaan... juga buat student2 lain yg memerlukannya.. cikgu harap info yg cikgu dapat ini boleh membantu anda dalam menghadapi peperiksaan... Semoga tuhan saja yg membalas jasa baik pemilik sebenar info ini... he he he he..

PEPERIKSAAN MERUPAKAN PROSES BAGI MENILAI SEJAUHMANA KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP PELAJARAN YANG TELAH DIPELAJARI
1. JANGAN TAKUT PADA PEPERIKSAAN
2. SEMUA ORANG PERLU MENDUDUKI PEPERIKSAAN
3. SEBENARNYA, KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN BERGANTUNG KEPADA RAJIN DAN CARA BELAJAR.

KENAL PASTI CARA BELAJAR

1. ANDA PERLU MEMILIH MASA UNTUK BELAJAR@MENGULANGKAJI
2. BERIKAN TUMPUAN KEPADA SEMUA MATA PELAJARAN
3. DISIPLIN DIRI ANDA, LAWAN KEHENDAK YANG NEGATIF.

TEKNIK BELAJAR

1. JIKA DI AMALKAN SECARA DISIPLIN AKAN MENJADIKAN ANDA SEORANG PELAJAR YANG BERTANGGUNG JAWAB.

2. JIKA ANDA DAPAT MERANCANG TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN IA AKAN MENGHASILKAN SESUATU YANG POSITIF.
3. PELAJAR YANG BERJAYA,ADALAH MEREKA YANG BERKELAKUAN BAIK DI DALAM KELAS, TERUTAMA SEMASA CIKGU MENGAJAR.
4. MEREKA MEMBERI TUMPUAN DAN TIDAK MENJADI VIRUS KEPADA ORANG LAIN.
5. PELAJAR YANG BERJAYA,ADALAH MEREKA YANG BERKELAKUAN BAIK DI DALAM KELAS, TERUTAMA SEMASA CIKGU MENGAJAR.
6. MEREKA MEMBERI TUMPUAN DAN TIDAK MENJADI VIRUS KEPADA ORANG LAIN.
7. BACA BUKU SEBELAH MALAM,KERANA IA AKAN MEMUDAHKAN ANDA MEMAHAMI APA YANG DI TERANGKAN OLEH GURU.
8. BACA BAHAN BACAAN TAMBAHAN,SEPERTI MAJALAH ATAU BAHAN DARI INTERNET.

BINA KEYAKINAN DIRI SEMASA DIDALAM KELAS

1. KENALKAN DIRI ANDA DENGAN GURU
2. BERSEDIA UNTUK MEMPELAJARI SESUATU SUBJEK ITU.
3. JANGAN LUPA BAWA BUKU TEKS
4. BAWA BUKU CATATAN SEMASA DI DALAM KELAS.
5. BUAT SEMUA TUGASAN YANG DI BERIKAN OLEH GURU ANDA
6. MENDENGAR DAN MEMBERI PERHATIAN MEMUDAHKAN ANDA MENGINGAT KEMBALI APABILA MEMBUAT ULANGKAJI.
7. FOKUS KEPADA APA YANG DI SAMPAIKAN OLEH GURU ANDA
8. JANGAN BERANGAN-ANGAN DALAM KELAS.

BELAJAR MERANCANG MASA
1. JANGAN PILIH MATA PELAJARAN YANG DI GEMARI SAHAJA.
2. JANGAN HABISKAN WAKTU DENGAN MENONTON TELEVISYEN.
3. BUAT JADUAL BELAJAR YANG PADAN DENGAN KEMAMPUAN ANDA.
4. CUBA KENALPASTI PELAJARAN APA YANG ANDA LEMAH.
5. PASTIKAN SETIAP HARI ANDA BELAJAR, SEKURANG-KURANGNYA SATU JAM UNTUK SETIAP PELAJARAN. DAN DALAM MASA SEMINGGU SEMUA ANDA TELAH PELAJARI/BUAT LATIHAN

BOSAN,BOSAN APA UBAT NYA
1. CUBA TANYA DIRI ANDA, MENGAPA SERING RASA BOSAN.
2. LAWAN DIRI ANDA ATASI BOSAN.
3. JIKA ADA MASALAH PERIBADI CEPAT-CEPAT SELESAIKAN.
4. TANYA MENGAPA ANDA PERLU BELAJAR.UNTUK MOTIVASIKAN DIRI ANDA.


STRATEGI ULANGKAJI
1. MULAKAN ULANGKAJI AWAL-AWAL LAGI.
2. PUNCA MALAS BELAJAR KERANA KITA TIDAK FAHAM
3. BACA BERULANG KALI, BACA SEMUA BUKU DAN BACA NOTA.
4. BINCANG DENGAN RAKAN-RAKAN.
5. BERLATIH BACA DENGAN PANTAS, SUPAYA ANDA BOLEH BACA BERULANG KALI.
6. BUAT NOTA ATAU AMBIL NOTA DI DALAM KELAS SECARA TERATUR.
7. TULIS NOTA ANDA SUPAYA, ANDA MINAT UNTUK MEMBACANYA.
8. GUNAKAN PEN PENANDA UNTUK AYAT DAN PERKATAAN PENTING.
9. BUAT NOTA BERASASKAN TAJUK DAN RAJAH UNTUK MUDAH FAHAM.


PERSEDIAAN PADA HARI PEPERIKSAAN
1. BUAT ULANGKAJI SEPINTAS LALU, SENTUH SEMUA TAJUK.
2. TUMPUKAN PERHATIAN PADA PROSES ULANGKAJI
3. JANGAN FIKIR LAGI PERKARA LAIN YANG ANDA TIDAK FAHAM.
4. TIDUR DENGAN CUKUP
5. PASTIKAN JADUAL PEPERIKSAAN ADA DAN LIHAT JADUAL DENGAN BETUL.
6. BENTUK KUMPULAN UNTUK BUAT ULANGKAJI SECARA BERKESAN.
7. PASTIKAN ANDA TIBA AWAL
9. ELAKKAN DARI BERBUAL KOSONG
10. PASTIKAN SEMUA KEPERLUAN CUKUP

Saturday, May 2, 2009

bUnGa 2008 d hAti cEkGu eChAh


2008.... skali lg cekgu kena hadapi UPSR... he he he cam cekgu jer yg peksa.. 2008 alhamdulillah... semua berjln lancar n tahniah kpd semua xmurid SKKCB UPSR 2008... 12 org murid berjaya mdpt 5A.. satu pencapaian yg mbanggakan.. pencapaian terbaik SKKCB.. U all mmg best love u all.. Kenangan dengan u all cekgu semat d hati.. HIRZI satu nama yg betul2 melekat d hati.. nakal,byk ckp,auta semua ader pd dia.. huhhh.. REDHA... JE LAH CIKGU... tu la ayat dia.. kecewa pun ader ngan dia ni.. tp akhirnya dia berjaya.. teruskan.. yg lain pun best senang d jaga x mcm yg sorang tuuuu... ha ha ha ha.. byk sngat kenangan ngan korang.. sampai hari ni cekgu asyik tersasul nama2 korang.. ingat x last year kiter ke klantan n terengganu???.. best giler walaupun dgn keadaan yg kelam kelibut.. ha ha ha ha.... rindu cikgu kat korang... muah.. muahh.. lau nak senarai semua 38 org penuh lak kat sini.. luv u 6 cekal 2008 SKKCB




semua penat he he he he.. ni korang dlm bas semua lentuk.


yg baju biru tu la hirzi... Dgr cerita dpt ke MCKK tp tolak.. anak manja ni..



ni le kenangan masa kat kelantan n terengganu dengan dia org..

cEkgU EcHah


Assalam n slmt sejahtera kpd semua pembaca kisah ni... cekgu masih baru dlm bolg n masih merangkak lg.. bila cikgu lihat blog xmurid cekgu,so cekgu terpanggil untuk terus meneroka lebih lanjut.. he he he.. harap cekgu lum terlambat.. gmbr kat atas tu gmbr x murid cikgu 2006.. depa time tu year 5.. nakal x yah nak cerita la kan tp depa best.. now depa kat SMK taman seraya.. itu yg cikgu tau la..



ni kelas 5 cekal.. tmpt depa menuntut ilmu sblm UPSR 2007.. agak2 ler u all sure busan ngan cekgu dulu.. tul x? asyik membebel sal kelas.. jenuh gaduh cekgu ngan depa nak kemas kelas.. tp akhirnya kelas kami jd kelas ceria 2006.. aper yg kami buat bebaloi ler... luv u all ler


cekgu doakan u all berjaya dlm ape jua bidang yg u all ceburi.. moga suatu hari nnt kiter jumper lg.. thanks kerana jd anak murid cikgu.. he he he ..